Hujan lebat, ribut petir landa tiga negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Selangor serta Kuala Lumpur hingga 9 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Perak ialah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Di Selangor, amaran itu melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur Amaran berlangsung hingga 9 malam ini Kawasan terjejas di Perak termasuk Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim Di Selangor, kawasan terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat Maklumat ini disiarkan oleh BERNAMA
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
