Netanyahu sebenarnya hidup atau mati?

Benjamin Netanyahu. Foto Agensi
Benjamin Netanyahu. Foto Agensi
A
A
A

SEJAKminggu lalu, platform media sosial menjadi medan ‘perang teori’ mengenai nasib Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Perdebatan sesama warga maya itu bermula setelah laporan media Iran menyebut pemimpin ‘ekstremis’ tersebut dipercayai cedera atau terbunuh dalam serangan balas Iran.

Tetapi, Netanyahu berusaha untuk menepis khabar angin tersebut dengan menyiarkan beberapa video ‘bukti’ dirinya masih hidup.

Klip tersebut bagaimanapun gagal menghentikan spekulasi yang tersebar berikutan ramai warganet menjadi ‘penyiasat digital segera’.

Sebahagian besar percaya semua video dikongsi akaun media sosial milik Netanyahu sebenarnya hasil janaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

‘Penyiasat digital’ berjaya mengesan banyak kecacatan jelas dalam beberapa klip bermula dengan ‘jari tambahan’ dan kunjungannya ke sebuah kafe.

Terbaharu, Netanyahu dipaparkan sedang bersiar- siar sambil menyapa beberapa pengunjung di sebuah taman di Baitulmaqdis. Cincin di jarinya yang sekejap ada, sekejap tiada sekali lagi mencuri perhatian ramai.

Walaupun video menggunakan teknologi deepfake gagal menipu warganet, Israel tetap meneruskan muslihatnya dengan menyiarkan foto Netanyahu bercakap di telefon untuk meyakinkan semua orang.

Ia bagaimanapun masih tidak dapat menamatkan pelbagai andaian mengenai keberadaan pemimpin veteran tersebut.

Artikel Berkaitan:

Adakah beliau benar-benar sudah meninggal dunia atau sedang bersembunyi di dalam kubu?

Sehingga kini, Pejabat Netanyahu hanya memberi jawapan selamat dan mendakwa ia sebagai berita palsu.

Sementara itu, penganalisis politik konservatif, Candace Owens antara lantang menuntut bukti lokasi sebenar Netanyahu kerana berpendapat sukar untuk mempercayai apa sahaja dipaparkan media sosial.

Menerusi hantarannya, beliau mendedahkan ‘situasi panik’ di Rumah Putih setelah perang dilancarkan tidak berjalan seperti dirancang dengan Israel.

Beliau percaya ada rahsia disembunyikan rejim Tel Aviv, malah Washington terus mengunci mulut.

Apa yang pasti, misteri nasib Netanyahu mungkin sebahagian strategi Israel mengekalkan ‘imej kuat’ di rantau Asia Barat dan enggan mengaku kalah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!