Jenazah dua tentera maut di Setiu selamat dikebumikan

Jenazah Mohamad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedondong Hilir, Bunut Susu, Pasir Mas pada Selasa.
Jenazah Mohamad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedondong Hilir, Bunut Susu, Pasir Mas pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Jenazah dua anggota tentera darat yang maut kemalangan di KM70, Jalan Bandar Permaisuri, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu semalam, selamat dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan hari ini.

Muhammad Aminuddin Amran, 21, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai, Mulong di sini pada 4.35 pagi manakala Mohamad Shakiran Saidi, 36, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedondong Hilir, Bunut Susu, Pasir Mas pada 10.35 pagi.

Jenazah Mohamad Shakiran dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedondong Hilir, Bunut Susu, Pasir Mas pada 10.35 pagi Selasa. Foto Bernama
Jenazah Mohamad Shakiran dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedondong Hilir, Bunut Susu, Pasir Mas pada 10.35 pagi Selasa. Foto Bernama

Mohamad Shakiran dan Muhammad Aminuddin yang bertugas di Kem 7 Workshop Briged Tebrau, Johor maut selepas kereta Honda Civic dinaiki mereka terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan untuk bercuti di kampung halaman.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan mereka dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung lori treler.  

Perlanggaran itu menyebabkan kereta mangsa menggelongsor ke laluan bertentangan dan bergesel dengan kereta Proton Saga, sebelum melanggar kereta Perodua Alza yang diparkir dalam garaj berbumbung berhampiran tempat kejadian. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Jenazah dua anggota tentera darat yang maut kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu telah dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan
  • Muhammad Aminuddin Amran dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai, Mulong dan Mohamad Shakiran Saidi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedondong Hilir, Bunut Susu, Pasir Mas
  • Mereka yang bertugas di Kem 7 Workshop Briged Tebrau, Johor, maut selepas kereta Honda Civic terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan untuk bercuti
  • Kemalangan berlaku apabila kereta dari arah Kuala Terengganu ke Kota Bharu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung lori treler
  • Perlanggaran menyebabkan kereta mangsa menggelongsor ke laluan bertentangan dan bergesel dengan kereta Proton Saga, sebelum melanggar kereta Perodua Alza yang diparkir dalam garaj berhampiran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!