Covid-19: Komuniti setempat digesa memainkan peranan

Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan proses penyahkuman atau disinfeksi ketika Operasi Pembersihan Disinfeksi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Lembah Pantai hari ini. Foto: Bernama
Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan proses penyahkuman atau disinfeksi ketika Operasi Pembersihan Disinfeksi di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Lembah Pantai hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Komuniti setempat digesa memainkan peranan proaktif bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jawatankuasa di kondominium atau pangsapuri boleh mengadakan saringan kepada individu yang memasuki kawasan perumahan mereka.

"Kita menyedari tiada jangkitan berlaku di komuniti perkampungan orang asli dan Rumah Panjang kerana mereka akan menghalang orang luar memasuki kawasan mereka," katanya.

Menurutnya, pendekatan tersebut digalakkan dilakukan di seluruh komuniti di negara ini.

"Ia boleh dilakukan di kondominium. Ada pengawal keselamatan, maka boleh dilakukan," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: