World #QuranHour perlu diteruskan, beri tumpuan badan dan komuniti kecil - Mohd Shahar

Mohd Shahar hadir pada World #QuranHour (WQH) 2026 di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Rabu.
Mohd Shahar hadir pada World #QuranHour (WQH) 2026 di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Rabu.
A
A
A

 

GOMBAK - Program World #QuranHour perlu diteruskan pada masa hadapan dengan bergerak secara tersusun dan memberi tumpuan kepada badan-badan atau komuniti yang lebih kecil.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah, ini kerana program tersebut merupakan satu inisiatif yang amat bermakna untuk kembali mengikat hati ummah dengan al-Quran secara keseluruhan.

"Berkenaan dengan program ini, saya melihat ia sebagai satu langkah ke hadapan yang sangat baik, apatah lagi selepas hampir sebelas tahun usaha dijalankan.

"Jadi saya harap, World #QuranHour dapat diperkembangkan lagi, serta dapat bergerak secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada World #QuranHour (WQH) 2026 di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini pada Rabu.

WQH 2026 yang memasuki tahun ke-11 penganjurannya tahun ini mengangkat surah al-Muzzammil sebagai surah pilihan dengan tema ‘Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia’.

Ia dianjurkan oleh WUIF dan turut dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama UIAM selaku rakan penganjur.

Menariknya, edisi 2026 mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya sesi tadabbur dan perkongsian utama disampaikan dalam bahasa Inggeris bagi membolehkan mesej al-Quran difahami oleh masyarakat antarabangsa yang lebih luas.

Artikel Berkaitan:

Pendekatan tersebut dilihat selari dengan kehadiran ramai diplomat dan wakil negara luar termasuk duta serta pesuruhjaya tinggi dari negara Turkiye, Maldives, Oman, Jordan, Iran, Tajikistan dan Rusia yang turut mengambil bahagian dalam program berkenaan selain penyertaan ramai pelajar asing universiti berkenaan.

Tambah Mohd Shahar, surah al-Muzzammil yang diketengahkan dalam program kali ini merupakan satu surah yang memberi refleksi mendalam kepada manusia.

"Melalui surah itu, kita diingatkan bahawa pembentukan jiwa perlu didahulukan sebelum kita membentuk masyarakat," ulasnya.

 

 

Ringkasan AI

  • Program World #QuranHour digalakkan untuk diteruskan pada masa hadapan dengan penyertaan lebih rapi dan fokus kepada komuniti yang kecil
  • Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah menilai inisiatif ini penting untuk menghubungkan ummah dengan al-Quran
  • Selama hampir sebelas tahun, program ini telah menunjukkan kemajuan positif dalam menggalakkan pemahaman al-Quran dalam kalangan masyarakat
  • World #QuranHour tahun ini mengambil Surah al-Muzzammil sebagai tema, dianjurkan bersama UIAM dan disokong oleh Jakim
  • Untuk pertama kalinya, sesi tadabbur dan perkongsian utama dalam edisi 2026 disampaikan dalam bahasa Inggeris, menarik perhatian diplomat dan pelajar asing

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!