Tiada bazar Ramadan di Pulau Pinang: Kon Yeow

Kon Yeow
Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - Tiada bazar Ramadan akan dianjurkan di Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri (JKKN) Pulau Pinang hari ini bagi mengekang penularan koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat mengambil kira keselamatan kesihatan rakyat ini.

"Mesyuarat memutuskan pembatalan penganjuran bazar Ramadan di seluruh negeri ini bagi mengekang penularan Covid-19," katanya pada sidang media yang disiarkan menerusi FB Live di sini hari ini.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Pulau Pinang belum memutuskan sama ada bazar Ramadan di negeri ini akan diadakan atau sebaliknya untuk tahun ini susulan penularan wabak Covid-19.

Kon Yeow sebelum ini berkata, kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) belum mengeluarkan lesen perniagaan kepada peniaga bazar Ramadan setakat ini.

Menurutnya, keputusan sama ada akan diadakan penganjuran bazar tersebut akan ditentukan berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kelak.

"Setakat ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) belum mengeluarkan lesen perniagaan.

Artikel Berkaitan:

"Keputusan adalah tertakluk kepada arahan MKN," katanya.