Main sepak takraw, kriket pula!

Mohd Iqbal Ibrahim
Mohd Iqbal Ibrahim
A
A
A

LANGKAWI- Polis menahan 11 lelaki warga Myanmar dan dua rakyat Bangladesh selepas didapati bermain sepak takraw dan kriket di sebuah tapak pembinaan di Kampung Dusun, Mukim Ayer Hangat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, 13 individu berusia antara 21 hingga 36 tahun itu direman bermula hari ini hingga Isnin.

Beliau berkata, tangkapan dilakukan sepasukan anggota dari Balai Polis Ayer Hangat selepas melakukan intipan di lokasi tersebut hasil maklumat awam kira-kira jam 6.30 petang.

"Semasa ditahan polis, mereka beri alasan bermain sepak takraw dan kriket untuk mengeluarkan peluh serta bosan berada di dalam rumah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: