Kontraktor rugi lebih RM9,000 disamun individu berparang

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta hadir ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat melalui talian 03-3187 2222. Gambar hiasan
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta hadir ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat melalui talian 03-3187 2222. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang kontraktor kerugian lebih RM9,000 selepas menjadi mangsa samun bersenjata di sebuah ladang sawit di sekitar kawasan Bukit Perah, Banting, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, dalam kejadian itu mangsa berusia lingkungan 50-an telah didatangi oleh dua suspek lelaki warga tempatan yang bertanyakan jalan keluar dari ladang itu.

Beliau berkata, seorang daripada suspek kemudian mengeluarkan sebilah parang sebelum bertindak mengikat tangan serta kaki selain turut menendang muka mangsa lelaki warga tempatan itu sehingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian muka.

"Suspek telah melarikan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna putih, sebuah telefon bimbit jenis Oppo, serta barangan peribadi pengadu termasuk dokumen penting dan wang tunai dianggarkan RM9,500.

"Hasil siasatan dan risikan pihak polis, kenderaan tersebut berjaya dijumpai dalam tempoh sejam selepas ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan di sekitar Jalan Prima, Puchong,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta untuk hadir ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat melalui talian 03-3187 2222.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang kontraktor kerugian lebih RM9,000 selepas menjadi mangsa samun bersenjata di sebuah ladang sawit di Bukit Perah, Banting
  • Mangsa berusia lingkungan 50-an didatangi oleh dua suspek lelaki warga tempatan yang bertanyakan jalan keluar dari ladang itu
  • Seorang suspek mengeluarkan parang sebelum mengikat tangan serta kaki mangsa dan menendang muka mangsa sehingga cedera
  • Suspek melarikan sebuah Toyota Hilux, telefon bimbit Oppo, serta barangan peribadi pengadu termasuk dokumen penting dan wang tunai
  • Kenderaan yang dicuri ditemui dalam tempoh sejam selepas ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan di sekitar Jalan Prima, Puchong

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!