Empat laluan utama di Shah Alam ditutup

Keadaan air melimpah di Persiaran Jubli Perak pada Isnin.
Keadaan air melimpah di Persiaran Jubli Perak pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Empat laluan utama di sekitar Shah Alam ditutup sepenuhnya selepas hujan lebat sejak awal pagi Isnin menyebabkan paras air meningkat.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan, penutupan itu dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai langkah keselamatan ekoran limpahan air yang membahayakan pengguna jalan raya.

Menurut kenyataan itu, empat laluan yang ditutup ialah di Jalan Seksyen 19, Seksyen 24 menghala ke Seksyen 23, Persiaran Jubli Perak dan Persiaran Perusahaan.

"MBSA menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mengikuti arahan pihak berkuasa serta menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan risiko terperangkap dalam banjir kilat.

"Pengguna jalan raya juga diminta memantau perkembangan semasa bagi memastikan pergerakan lebih selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan seramai 1,106 mangsa daripada 298 keluarga di lima daerah ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor.

Sebanyak empat PPS dibuka di Hulu Langat, tiga di Kuala Selangor dan dua masing-masing di Sabak Bernam, Shah Alam dan Klang.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Empat laluan utama di sekitar Shah Alam ditutup akibat hujan lebat
  • Penutupan dilakukan oleh PDRM sebagai langkah keselamatan
  • Laluan yang ditutup termasuk Jalan Seksyen 19 dan tiga lagi
  • MBSA nasihat orang ramai ikuti arahan pihak berkuasa dan guna laluan alternatif
  • Seramai 1,106 mangsa banjir ditempatkan di 13 PPS di Selangor

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!