Hamzah cabar Bersatu pecat pemimpin, ahli menyokongnya

Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Datuk Seri Hamzah Zainuddin
A
A
A

PUTRAJAYA – Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin mencabar parti itu memecat pemimpin dan ahli yang masih memberi sokongan terhadapnya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang menegaskan, tindakan tersebut lebih baik berbanding menggunakan ugutan bagi menyekat kumpulan itu dari terus memberi sokongan kepadanya.

"Kalau yang seeloknya kepada Bersatu, dah macam ini caranya, pecat sahaja mereka ini. Itu yang paling baik.

"Jadi tidak susah wartawan pun tak payah tanya saya lagi. Senang pecat sahaja, apa yang susah," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Pembangkang di sini, pada Isnin.

Antara yang hadir pada majlis berkenaan ialah Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Sebelum ini Ronald dan Mas Ermieyati dilapor telah diberikan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin Bersatu.

Mereka dilihat menyokong Ahli Parlimen Larut itu apabila turut menghadiri Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik sehari selepas pemecatan Hamzah daripada jawatan Timbalan Presiden Bersatu, 13 Febuari lalu.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mencabar partinya untuk memecat pemimpin dan ahli yang menyokongnya
  • Hamzah menegaskan lebih baik memecat daripada menggunakan ugutan untuk menyekat sokongan
  • Beliau berkata tindakan memecat lebih mudah dan tidak menyusahkan
  • Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin hadir pada majlis berbuka puasa dengan Hamzah
  • Ronald dan Mas Ermieyati telah diberikan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin Bersatu kerana menyokong Hamzah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!