Izudin Ishak dipilih Presiden, Nasir kekal Timbalan Presiden Pakatan Darulnaim

Izudin Ishak (lima dari kiri) dan Muhammad Nasir (tengah) bersama barisan kepimpinan jawatankuasa induk Pakatan Darulnaim di Dewan Karangkraf, Shah Alam pada Ahad.
Izudin Ishak (lima dari kiri) dan Muhammad Nasir (tengah) bersama barisan kepimpinan jawatankuasa induk Pakatan Darulnaim di Dewan Karangkraf, Shah Alam pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pengerusi syarikat perundingan minyak dan gas, Growth Avenue Sdn Bhd (GASB), Datuk Seri Dr Izudin Ishak dipilih sebagai Presiden Persatuan Anak-Anak Kelantan Darulnaim (Pakatan Darulnaim) manakala, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah kekal sebagai Timbalan Presiden.

Izudin berkata, pemilihan barisan jawatankuasa baharu ini diyakini mampu memperkukuh peranan Pakatan Darulnaim dalam memperjuangkan kepentingan anak-anak Kelantan, selain membawa nafas baharu dan merancakkan pembangunan komuniti pada tahun hadapan.

“Saya percaya kerjasama erat dalam kalangan jawatankuasa baharu akan memacu persatuan ke arah hala tuju yang lebih progresif.

“Barisan jawatankuasa ini juga dilihat mantap kerana terdapat di kalangan mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing termasuk teknokrat, pendidikan dan keusahawanan,” katanya ketika ditemui media di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 di sini pada Ahad. 

Sementara itu, Muhammad Nasir berkata, kepercayaan yang diberikan oleh para ahli itu menjadi amanah besar untuk terus memperkukuhkan peranan persatuan dalam pembentukan perpaduan masyarakat Kelantan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang terus memberi kepercayaan kepada saya. 

“Sebagai Timbalan Presiden Pakatan pada penggal pertama dan kini memasuki penggal kedua, saya telah membantu presiden untuk melaksanakan segala perkara yang baik demi kebaikan persatuan. 

“Saya yakin dengan kewibawaan presiden baharu, kita mampu menyatupadukan kembali masyarakat Kelantan di Lembah Klang,” ujarnya.

Ujar Muhammad Nasir , Pakatan Darulnaim kini berada pada landasan terbaik untuk berkembang sebagai sebuah organisasi yang bukan sahaja memfokuskan kebajikan anak-anak Kelantan, malah berperanan sebagai platform pemerkasaan ekonomi, budaya dan sosial.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, pihaknya merancang membuka lebih banyak ruang kepada anak-anak Kelantan bagi menjalankan aktiviti dan perniagaan melalui inisiatif yang disediakan di Kompleks Karangkraf.

“Kita mahu lihat lebih ramai anak-anak Kelantan tampil dengan program, pameran, perniagaan serta aktiviti kebudayaan.

“Seni dan budaya seperti pementasan tradisional, persembahan muzik dan pesta makanan mampu menjadi alat penyatuan tanpa mengira fahaman atau latar belakang,” ujar beliau.

 

Ringkasan AI

  • Muhammad Nasir Hamzah kekal sebagai Timbalan Presiden Persatuan Anak-Anak Kelantan Darulnaim untuk penggal kedua
  • Beliau disahkan menyandang jawatan itu selepas pengumuman di Mesyuarat Agung Tahunan ke-28 Pakatan Darulnaim
  • Muhammad Nasir berhasrat memperkuatkan peranan persatuan dalam menyatupadukan masyarakat Kelantan di Lembah Klang
  • Pakatan Darulnaim berazam menjadi platform untuk pemerkasaan ekonomi, budaya, dan sosial anak-anak Kelantan
  • Di bawah kepimpinan Muhammad Nasir, persatuan merancang membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak Kelantan dalam aktiviti dan perniagaan di Kompleks Karangkraf

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!