SRAR At-Ta’alim terus jadi pilihan pelajar dalami ilmu agama

SRAR At Ta’alim sentiasa cemerlang dalam bidang akademik dan Kokurikulum seperti Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan 2025, acara olahraga, badan beruniform, pertandingan intelektual seperti catur.
SRAR At Ta’alim sentiasa cemerlang dalam bidang akademik dan Kokurikulum seperti Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan 2025, acara olahraga, badan beruniform, pertandingan intelektual seperti catur.
A
A
A

SERI MANJUNG - Permintaan terhadap sekolah agama persendirian dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini, khususnya di kawasan bandar. Persoalannya, adakah situasi ini menjadi satu trend baharu dalam kalangan ibu bapa atau sebenarnya satu keperluan bagi memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama yang lebih menyeluruh?

Kemunculan sekolah agama rakyat yang semakin bertambah dari tahun ke tahun membuktikan minat masyarakat terhadap institusi pendidikan ini terus berkembang.

Salah satu contoh ialah Sekolah Rendah Agama Rakyat At-Ta’alim (SRAR At-Ta’alim) yang terletak di Seri Manjung, Perak dan telah beroperasi lebih 25 tahun.

Guru Besarnya, Ustaz Shahrizal Abdullah berkata, sekolah berkenaan menawarkan gabungan pembelajaran akademik dan agama kepada para pelajar.

Menurut beliau, SRAR At-Ta’alim menggabungkan subjek akademik daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bersama subjek Ad-diniah daripada kurikulum Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang melibatkan keseluruhan 17 subjek.

“Jadual pembelajaran diatur dengan baik supaya pelajar tidak berasa terbeban walaupun mereka mempelajari subjek akademik dan agama serentak.

“Selain itu, waktu persekolahan yang dianjak sehingga ke petang turut menjadi antara faktor ibu bapa memilih menghantar anak ke sekolah persendirian seperti ini,” katanya.

SHAHRIZAL
SHAHRIZAL

Artikel Berkaitan:

Tambah Shahrizal, pendekatan itu lebih memudahkan ibu bapa berbanding sekolah kebangsaan yang menamatkan sesi persekolahan pada waktu tengah hari sebelum pelajar perlu pulang dan bersiap untuk menghadiri sekolah agama pada sesi petang.

Katanya lagi, sambutan terhadap sekolah tersebut amat menggalakkan apabila permohonan kemasukan Tahun Satu sentiasa penuh setiap tahun walaupun kos perbelanjaan di sekolah persendirian lebih tinggi berbanding sekolah kebangsaan.

“Setiap tahun kami hanya memperuntukkan 120 tempat bagi kemasukan Tahun Satu kerana hanya mempunyai empat kelas. Jumlah mak

Mohd Azizatselaku Yang Dipertua PIBG SRAR At Ta’alim (tiga, kiri) percaya pendidikan agama penting untuk kemenjadian para pelajar sekolah rendah.
Mohd Azizatselaku Yang Dipertua PIBG SRAR At Ta’alim (tiga, kiri) percaya pendidikan agama penting untuk kemenjadian para pelajar sekolah rendah.

simum pelajar yang boleh kami terima adalah sekitar 150 orang.

“Kami perlu menghadkan pengambilan pelajar bagi memastikan sesi pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan,” jelasnya.

Dalam masa sama, SRAR At-Ta’alim turut menjadi pilihan utama ibu bapa di sekitar Manjung kerana prestasi cemerlang yang dicapai oleh para pelajar dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Sijil Rendah Agama Islam (SRAI).

Pada tahun 2025, pelajar sekolah itu, Qawi Al Amin Mohd Azizat, muncul sebagai pelajar terbaik SRAI bagi daerah Manjung. Lebih membanggakan, beliau juga pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik UPKK daerah yang sama pada tahun 2024.

Dari segi pencapaian sekolah pula, SRAR At-Ta’alim konsisten berada dalam kelompok lima sekolah terbaik di daerah Manjung.

Selain kecemerlangan akademik, sekolah tersebut turut mencatat pelbagai kejayaan dalam bidang kokurikulum termasuk pertandingan nasyid peringkat kebangsaan pada tahun 2025, acara olahraga, perkhemahan badan beruniform serta pertandingan intelektual seperti catur, scrabble dan sayembara puisi.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRAR At-Ta’alim sesi 2025–2027, Mohd Azizat Zainal Abidin berkata, sekolah berkenaan menjadi pilihan ibu bapa kerana mampu menawarkan pendidikan seimbang antara akademik dan agama.

“Kami ibu bapa memilih sekolah ini bukan sahaja kerana ia memudahkan kami yang bekerja menguruskan anak-anak, tetapi sekolah ini terbukti mampu memberikan pendidikan terbaik dalam bidang akademik dan agama.

“Anak saya sendiri sejak darjah satu sudah didedahkan dengan pelbagai cabang ilmu agama seperti Fiqh, Sirah, Tajwid, Adab dan Jawi, selain menghafal surah-surah pilihan daripada al-Quran,” katanya.

Mohd Azizatselaku Yang Dipertua PIBG SRAR At Ta’alim (tiga, kiri) percaya pendidikan agama penting untuk kemenjadian para pelajar sekolah rendah.
Mohd Azizatselaku Yang Dipertua PIBG SRAR At Ta’alim (tiga, kiri) percaya pendidikan agama penting untuk kemenjadian para pelajar sekolah rendah.

Menurut beliau, para pelajar juga dilatih menunaikan solat berjemaah ketika waktu Zuhur, selain diberi penekanan terhadap pembentukan sahsiah diri.

Katanya, dalam keadaan cabaran membesarkan anak-anak pada masa kini, beliau memahami mengapa semakin ramai ibu bapa memilih menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan.

Tambah Mohd Azizat, kebanyakan pelajar SRAR At-Ta’alim tidak menghadapi masalah untuk menyambung pengajian ke sekolah agama di peringkat menengah.

Statistik menunjukkan lebih 60 peratus pelajar Tahun Enam setiap tahun berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, sekolah agama negeri, institusi tahfiz, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta kelas aliran agama di sekolah menengah kebangsaan.

Bagaimanapun, beliau mengakui cabaran terbesar dalam menguruskan sekolah persendirian adalah dari segi kewangan.

“Sumber kewangan sekolah hanya bergantung kepada bayaran yuran pelajar dan sumbangan orang ramai.

“Kami berharap ada pihak yang sudi membantu PIBG SRAR At-Ta’alim untuk merealisasikan hasrat sekolah mewujudkan sebuah bengkel Reka Bentuk Teknologi (RBT) bagi kegunaan pelajar,” katanya.

Menurutnya, walaupun berdepan kekangan kemudahan seperti ketiadaan padang, bengkel dan makmal, sekolah tersebut tetap berjaya melahirkan pelajar cemerlang setiap tahun.

“Bayangkan dengan segala kekurangan ini pun kami masih mampu melahirkan pelajar yang berjaya. Jika semua kemudahan dapat disediakan, ia pasti menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa depan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak sekolah amat mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan sama ada dari segi kewangan, kepakaran mahupun sumbangan material demi meningkatkan kemenjadian murid.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun PIBG SRAR At-Ta’alim di Bank Muamalat bernombor 08030003091719.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!