Lelaki kena samun di rumah, penjenayah berparang paksa ikut keluarkan duit di ATM

Seorang wanita ditemui mati dengan kesan kelar pada bahagian leher di sebuah asrama pekerja.
Seorang wanita ditemui mati dengan kesan kelar pada bahagian leher di sebuah asrama pekerja.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki bukan sahaja rugi apabila barang berharga di kediamannya di Seksyen 13 di sini dilarikan penyamun, tapi turut berdepan detik cemas selepas dipaksa suspek menaiki kenderaan bagi mengeluarkan sejumlah wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) berdekatan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, laporan dibuat mangsa berusia lingkungan 20-an berkenaan kejadian kira-kira jam 1 petang.

Menurutnya, mangsa yang berada seorang diri di rumah apartmentnya tiba-tiba telah didatangi dua lelaki tidak dikenali yang mana seorang bersenjatakan parang.

"Suspek bertindak mengambil barangan seperti dompet yang mengandungi wang tunai, komputer riba, telefon bimbit dan kunci rumah serta kereta milik mangsa.

"Seterusnya suspek membawa serta memaksa mangsa menaiki keretanya sendiri ke sebuah mesin ATM berdekatan untuk mengeluarkan lagi wang simpanan milik mangsa.

"Sewaktu mangsa mengeluarkan wang, dia telah menyedari kehadiran orang awam sebelum menjerit meminta pertolongan menyebabkan kedua-dua suspek melarikan diri menggunakan kereta milik mangsa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, usaha mengesan dan menangkap suspek-suspek kejadian sedang giat dijalankan.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan menggunakan senjata yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Tegasnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 012-3848103 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki di Shah Alam dipaksa naik kereta oleh penyamun untuk mengeluarkan wang di ATM
  • Mangsa, berusia 20-an, melaporkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 petang
  • Dua lelaki tidak dikenali, salah seorang bersenjatakan parang, telah mengambil barangan berharga termasuk dompet, komputer riba dan kunci rumah
  • Penyamun juga melarikan diri menggunakan kereta milik mangsa setelah mangsa meminta pertolongan dari orang awam
  • Polis sedang giat mengesan suspek dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!