Warna Rasa Ramadan taruhan Royale Chulan The Curve untuk berbuka puasa


SEMPENA kedatangan bulan puasa, Royale Chulan The Curve memperkenalkan bufet bertemakan Warna Rasa Ramadan yang menampilkan lebih 150 hidangan berinspirasikan kulinari Malaysia dan Nusantara.
Antara tarikan utama bufet ini ialah nasi Arab yang diolah secara moden berasaskan kaedah masakan tradisional Timur Tengah, selain Royale Bubur Lambuk yang menjadi hidangan rasmi hotel setiap Ramadan.
Turut disajikan ialah pelbagai juadah istimewa seperti Apam Balik Seri Menanti, Ikan Patin Tempoyak serta aneka pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut.
Menurut Pengurus Hotel Royale Chulan The Curve, Abdillah Adnan, Ramadan merupakan bulan yang menyatukan keluarga dan komuniti.
"Jadi pihak hotel komited menyajikan hidangan autentik serta layanan baik bagi mencipta pengalaman berbuka puasa yang bermakna.
"Suasana berbuka turut dimeriahkan dengan alunan muzik secara langsung oleh Lala Story Band, sekali gus mewujudkan suasana santai dan eksklusif kepada para tetamu," katanya.
Bufet Warna Rasa Ramadan ditawarkan setiap hari sepanjang Ramadan dengan harga bermula RM89 nett menerusi tawaran early bird sehingga 15 Februari 2026.
Pakej korporat dan pilihan staycation turut disediakan bagi memenuhi keperluan pelanggan berkumpulan.
Ringkasan AI
- SEMPENA kedatangan bulan puasa, Royale Chulan The Curve memperkenalkan bufet bertemakan Warna Rasa Ramadan yang menampilkan lebih 150 hidangan berinspirasikan kulinari Malaysia dan Nusantara
- Antara tarikan utama bufet ini ialah nasi Arab yang diolah secara moden berasaskan kaedah masakan tradisional Timur Tengah, selain Royale Bubur Lambuk yang menjadi hidangan rasmi hotel setiap Ramadan
- Turut disajikan ialah pelbagai juadah istimewa seperti Apam Balik Seri Menanti, Ikan Patin Tempoyak serta aneka pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut
- Bufet Warna Rasa Ramadan ditawarkan setiap hari sepanjang Ramadan dengan harga bermula RM89 nett menerusi tawaran early bird sehingga 15 Februari 2026
- Pakej korporat dan pilihan staycation turut disediakan bagi memenuhi keperluan pelanggan berkumpulan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

