Tak sampai 20 minit, 200 pek bubur lambuk licin

Kakitangan MARDI tekun mencedok bubur lambuk ke dalam bekas plastik untuk diagihkan.
Kakitangan MARDI tekun mencedok bubur lambuk ke dalam bekas plastik untuk diagihkan.
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Penangan aroma dua kawah bubur lambuk hasil air tangan 41 kakitangan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Cerating ternyata di luar jangkaan apabila 200 pek yang disediakan licin dalam tempoh tidak sampai 20 minit.

Meskipun agihan hanya bermula jam 1.30 tengah hari, namun kelibat orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan juadah tradisi Ramadan itu mula kelihatan seawal jam 1.10 tengah hari di lokasi berhampiran institusi itu.

Pengurus MARDI Cerating, Nor Idayusni Yunus berkata, sambutan luar biasa daripada masyarakat setempat menjadi satu penghargaan besar kepada kakitangan yang berkampung memasak sejak awal pagi.

​“Kita tidak sangka seawal 20 minit agihan dilakukan, kesemua pek sudah habis diagihkan kepada orang ramai yang melalui kawasan ini secara pandu lalu,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

Sebahagian daripada 200 pek bubur lambuk yang disediakan secara gotong-royong oleh warga MARDI Cerating diagihkan kepada orang ramai bagi menyantuni komuniti setempat sempena bulan Ramadan
Sebahagian daripada 200 pek bubur lambuk yang disediakan secara gotong-royong oleh warga MARDI Cerating diagihkan kepada orang ramai bagi menyantuni komuniti setempat sempena bulan Ramadan

Nor Idayusni berkata, program anjuran MARDI Pahang bersama Kelab Sukan dan Kebajikan MARDI Cerating itu bukan sekadar agihan makanan, sebaliknya platform untuk menyantuni komuniti luar pagar institut.

​“Inilah masanya kami mengeratkan hubungan dengan masyarakat.

"Selain agihan luar, hasil masakan ini juga menjadi juadah utama untuk kenduri berbuka puasa kami bersama warga kerja hari ini,” tambahnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Penerima, Siti Norhaliza Mansor, 42, berkata, dia dalam perjalanan pulang selepas membeli mengambil anak sekolah sebelum melihat agihan di kawasan itu.

“Saya singgah sekejap selepas nampak ada orang ramai sudah mula beratur untuk mendapatkannya.

"Tak sampai berapa minit selepas saya ambil, pek di agihan sudah habis tapi ahamdulillah, sekurang-kurangnya ada juadah tambahan untuk berbuka puasa hari ini,” katanya.

Ringkasan AI

  • Kuantan - 200 pek bubur lambuk dari MARDI Cerating habis diagihkan dalam masa kurang 20 minit
  • Pengagihan bermula jam 1.30 tengah hari tetapi orang ramai sudah beratur seawal jam 1.10 tengah hari
  • Nor Idayusni Yunus berkata sambutan hangat adalah penghargaan besar bagi kakitangan MARDI Cerating
  • Program ini diadakan bukan hanya sebagai agihan makanan tetapi sebagai platform mengeratkan hubungan dengan komuniti
  • Siti Norhaliza Mansor mendapat juadah tambahan untuk berbuka puasa setelah singgah sekejap ketika melihat agihan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!