Tiket bas balik raya ke Kelantan licin dalam tempoh 5 minit

Mohd Suffian (empat,kanan) bersama kakitangan semasa menerima pengiktirafan Sijil Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang diberikan oleh AADK Kota Bharu kepada Queen Express di Kota Bharu. Foto HAZELEN LIANA KAMARUDIN
Mohd Suffian (empat,kanan) bersama kakitangan semasa menerima pengiktirafan Sijil Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang diberikan oleh AADK Kota Bharu kepada Queen Express di Kota Bharu. Foto HAZELEN LIANA KAMARUDIN
A
A
A

KOTA BHARU - Pengendali pengangkutan awam, Queen Express mendedahkan tiket balik raya ke negeri ini sempena sambutan Aidilfitri 'licin' dalam tempoh lima minit sebaik sahaja ia mula dijual kepada pelanggan pada 15 Februari lalu.

Pengerusi Eksekutifnya, Mohd Suffian Daud berkata, ia melibatkan tarikh 17 hingga 19 Mac ini.

"Sebanyak lebih 3,000 tempat duduk kita tawarkan kepada pelanggan dan semuanya telah penuh melibatkan perjalanan dari Lembah Klang ke Kota Bharu,"katanya semasa sidang akhbar pada Selasa malam.

Sebelum itu beliau menerima pengiktirafan Sijil Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang disampaikan oleh Ketua Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Bharu, Muhammad Ismail kepada Queen Express di sini.

Menurut beliau, pihaknya tidak menawarkan perkhidmatan bas tambahan sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Ujarnya, setakat ini Queen Express mempunyai 46 buah bas melibatkan tujuh destinasi perjalanan kecuali Johor.

Mohd Suffian memberitahu, kesemua bas itu digerakkan oleh 90 pemandu yang masing-masing berusia 30 hingga 60 tahun.

Setiap tahun tiket perjalanan pulang ke Kelantan untuk menyambut Aidilfitri umpama 'pisang goreng panas' apabila menjadi rebutan anak-anak negeri Serambi Makkah di perantauan.

Situasi itu menyebabkan banyak syarikat pengendali bas ekspres di negeri ini tumbuh bagi menampung jumlah permintaan yang meningkat saban tahun.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiket bas balik raya ke Kelantan habis terjual dalam 5 minit
  • Tarikh perjalanan yang terlibat adalah dari 17 hingga 19 Mac
  • Lebih 3,000 tempat duduk ke Kota Bharu dari Lembah Klang ditawarkan dan penuh
  • Queen Express tidak menawarkan perkhidmatan bas tambahan semasa Aidilfitri
  • Queen Express mempunyai 46 buah bas dengan 90 pemandu berusia 30 hingga 60 tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!