Liga Pro Belgium batal, Club Brugge diumum juara

Club Brugge diumumkan juara Liga Pro Belgium selepas baki saingan pertandingan dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.
Club Brugge diumumkan juara Liga Pro Belgium selepas baki saingan pertandingan dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.
A
A
A

NAIB juara musim lalu, Club Brugge diumumkan juara Liga Pro Belgium selepas baki saingan pertandingan dibatalkan berikutan pandemik koronavirus (Covid-19).

Kelab kendalian Philippe Clement itu selesa dengan kelebihan 15 mata di puncak liga dengan berbaki satu pusingan perlawanan sebelum bermulanya pusingan kalah mati membabitkan enam kelab terbaik liga.

Pada musim lalu, Blue Black muncul naib juara musim lalu di belakang Racing Genk yang kini menduduki tangga ketujuh ketika saingan liga ditangguhkan bulan lalu kerana Covid-19.

Mesyuarat dalam kalangan ahli lembaga Liga Pro yang membabitkan 24 pasukan daripada dua divisyen mengesahkan keputusan itu biarpun 17 daripadanya sudah pun menggesa baki musim ini dibatalkan sebelum ini.

Artikel Berkaitan: