SPRM kesan Chai Jin Shern

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Chai Jin Shern bagi membantu siasatan kes.
SPRM dalam kenyataan berkata, lelaki warga tempatan itu dikesan dengan alamat terakhirnya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Hafidz Abd Halim di talian 0175046503 atau emel kepada mhafidz@sprm.gov.my,” katanya.
Ringkasan AI
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang mencari Chai Jin Shern
- Lelaki itu adalah warga tempatan
- Alamat terakhir diketahui berada di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
- Orang ramai diminta membantu memberi maklumat tentang individu berkenaan
- Maklumat boleh diberikan kepada Mohd Hafidz Abd Halim melalui telefon atau emel
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
