'Hantu selimut hitam' curi iPhone akhirnya tertangkap

KOTA MEDAN – Sebuah rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kelibat 'hantu selimut hitam' mencuri iPhone menjadi tular di media sosial.
Sosok misteri berselubung itu dilihat berjalan secara perlahan di sebuah warung mi Aceh di Kota Medan, Sumatera Utara di Indonesia.
Sekali pandang, ia kelihatan seperti hantu yang berkeliaran pada waktu awal pagi.
Rupa-rupanya, ia bukanlah makhluk ghaib sebaliknya seorang penjaga parkir dikenali sebagai Deni Siregar, 50.
Pelaku cuba menggunakan selimut hitam untuk melindungi identitinya daripada dirakamkan CCTV ketika dia memasuki sebuah warung kopi semasa kesemua pekerja masih nyenyak tidur.
"Tetapi, rancangannya mahu mencuri gagal dan hanya sempat mencapai iPhone 11 selepas salah seorang staf terbangun lalu menjerit ke arahnya," ujar Kanit Reskrim Polsek Medan Area, Iptu Fajri Lubis.
Deni kemudiannya menghilangkan diri selama kira-kira sebulan sebelum diberkas pada akhir minggu lalu.
Dia mengakui telah menjual iPhone 11 tersebut pada harga 600,000 rupiah (RM140) untuk menampung keperluannya.
Deni kini ditahan di Polsek Medan Area dan berdepan dakwaan melakukan kecurian. - Agensi
Ringkasan AI
- Rakaman CCTV menunjukkan 'hantu selimut hitam' mencuri iPhone di warung mi Aceh, Kota Medan
- Sosok tersebut sebenarnya adalah seorang penjaga parkir bernama Deni Siregar berusia 50 tahun
- Deni menggunakan selimut hitam untuk menutupi identiti dari CCTV semasa mencuri
- Gagal mencuri setelah staf terjaga dan menjerit, hanya sempat mencapai iPhone 11
- Deni ditahan dan mengaku menjual iPhone 11 tersebut, kini berdepan dakwaan kecurian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

