Konflik Asia Barat: KPKT pastikan sektor perumahan, pembinaan negara tidak terjejas

Nga Kor Ming
Nga Kor Ming
A
A
A

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan sektor perumahan dan pembinaan negara tidak terjejas susulan penutupan Selat Hormuz di Teluk Parsi dan Teluk Oman.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, tindakan Iran yang menutup Selat Hormuz memberi kesan berikutan ia menghubungkan kira-kira 25 peratus bekalan minyak dan gas dunia.

“Jadi itu penting kita kena pastikan supaya dari segi kos pengangkutan tidak menjejaskan sektor perumahan dan juga pembinaan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ihya Ramadan yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Selasa.

Terdahulu, Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap negara itu pada 28 Februari lalu.

Selat itu merupakan laluan eksport minyak paling penting di dunia yang menghubungkan pengeluar minyak utama Teluk, termasuk Arab Saudi, Iran, Iraq dan Emiriah Arab Bersatu, dengan Teluk Oman dan Laut Arab.

Seorang pegawai kanan Pengawal Revolusi Iran menegaskan pihak tentera negara itu akan melepaskan tembakan ke arah mana-mana kapal yang cuba melalui Selat Hormuz.

Dalam pada itu, Kor Ming memaklumkan sektor hartanah negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila jumlah transaksi pada tahun 2025 mencecah RM240 bilion.

“Jumlah transaksi hartanah negara pada tahun 2025 telah mencecah RM240 bilion. Jumlah ini adalah yang paling tinggi dalam tempoh lebih 10 tahun.

Artikel Berkaitan:

“Sektor hartanah kita bukan sahaja telah pulih sepenuhnya, malah kini menjadi enjin pertumbuhan ekonomi yang saya sifatkan sebagai tiang seri ekonomi negara,” jelas beliau.

Ringkasan AI

  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memastikan sektor perumahan dan pembinaan tidak terjejas oleh penutupan Selat Hormuz
  • Penutupan Selat Hormuz oleh Iran berikutan serangan Amerika Syarikat dan Israel
  • Selat Hormuz menghubungkan kira-kira 25% bekalan minyak dan gas dunia
  • Pegawai kanan Pengawal Revolusi Iran mengancam akan menembak kapal yang melalui Selat Hormuz
  • Sektor hartanah Malaysia menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan jumlah transaksi RM240 bilion pada tahun 2025

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!