Transformasi Pelan Strategik UPNM30 dalam kerangka RPTM 2026-2035

Transformasi pendidikan tinggi di bawah RPTM 2026–2035 selaras dengan mandat UPNM30 untuk menjadikan UPNM sebagai institusi premier bertaraf antarabangsa dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Gambar kecil: Arman Rumaizi dan Wan Norhasniah.
Transformasi pendidikan tinggi di bawah RPTM 2026–2035 selaras dengan mandat UPNM30 untuk menjadikan UPNM sebagai institusi premier bertaraf antarabangsa dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Gambar kecil: Arman Rumaizi dan Wan Norhasniah.
A
A
A

RANCANGAN Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah disambut baik oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Ia merupakan dokumen strategik yang menetapkan hala tuju jelas bagi institusi pendidikan tinggi untuk memperkukuh akses pendidikan, meningkatkan kualiti pembelajaran dan melahirkan graduan berdaya saing, beretika serta berwawasan global.

Aspirasi ini selaras dengan Pelan Strategik UPNM30 yang dilancarkan oleh Leftenan Jeneral Datuk Wira Arman Rumaizi Ahmad pada 12 Disember 2025.

Pelan itu merangkumi empat teras utama, iaitu Kesarjanaan, Pusat Kecemerlangan, Penjanaan dan Tadbir Urus dengan memfokuskan 15 lonjakan strategik, serta menyokong sepenuhnya 10 lonjakan strategik RPTM 2026–2035.

Menurut Naib Canselor, transformasi pendidikan tinggi di bawah RPTM 2026–2035 selaras dengan mandat UPNM30 untuk menjadikan UPNM sebagai institusi premier bertaraf antarabangsa dalam bidang pertahanan dan keselamatan, serta melahirkan barisan pertahanan negara yang berilmu, berintegriti dan menjadi rakan strategik utama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sebagai Naib Canselor yang berwawasan dan berpaksikan matlamat strategik, Falsafah H.E.L.A.N.G diketengahkan bagi melahirkan scholar warrior, iaitu graduan pertahanan yang berpendirian tinggi, berintegriti, berfikiran kreatif dan strategik, unggul serta berdaya saing global.

Ia menjadi teras ekosistem pendidikan UPNM, membina jati diri graduan yang kompeten dari sudut akademik dan ketenteraan, serta menyokong aspirasi dan kerangka RPTM 2026–2035 yang berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan, holistik, kemakmuran bersama dan kemampanan.

RPTM 2026–2035 yang menetapkan 10 lonjakan strategik telah diperkasakan melalui Pelan Strategik UPNM30. Lonjakan Pertama, Pembangunan Pembelajar, menekankan kecemerlangan akademik, keusahawanan dan nilai kemanusiaan, direalisasikan melalui pembinaan jati diri pegawai kadet dan awam yang berdisiplin serta berjiwa kepimpinan.

Sebagai Universiti Berfokus (MFUN), UPNM telah mengintegrasikan bidang tujahan pertahanan dan keselamatan ke dalam kurikulum Ijazah Sarjana Muda, memastikan graduan bukan sahaja kompeten dalam ilmu, tetapi juga bersedia menghadapi cabaran strategik negara.

Artikel Berkaitan:

Sebagai contoh, bagi meningkatkan kesarjanaan dalam pertahanan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan menawarkan program Pengajian Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan, Pengajian Strategi serta Pengajian Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan.

Lonjakan Kedua RPTM 2026–2035 yang bertujuan melahirkan bakat berprestasi tinggi dan kompeten dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan Science & Technology Research Institute for Defence (STRIDE) dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Kerjasama ini membuka peluang kepada graduan dan staf akademik untuk memperkasa kesarjanaan dalam bidang tersebut.

Selain itu, UPNM turut memperkenalkan Program Penerbangan 2u1i bersama IATAC, program pertama di Malaysia yang membolehkan pelajar memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Lesen Penerbangan secara serentak dalam tempoh tiga tahun.

Program ini menggabungkan latihan akademik dan praktikal bagi melahirkan graduan penerbangan berkemahiran tinggi, diiktiraf di peringkat global serta berkelayakan memasuki industri penerbangan mengikut standard antarabangsa.

Pusat Kecemerlangan UPNM pula memfokuskan penyelidikan, pembangunan, inovasi, pengkomersialan dan keusahawanan (RDICE) yang beretika serta berimpak tinggi, selaras dengan Lonjakan Keenam RPTM 2026–2035 dalam bidang pertahanan dan keselamatan.

Kerjasama strategik dengan Synergy Generated Sdn. Bhd. dan Ketech Asia Sdn. Bhd. direalisasikan melalui pembangunan sistem tenaga solar menyeluruh di kampus dengan penekanan terhadap teknologi hijau.

Bagi aspek pengkomersialan, produk inovatif seperti Sustainable Oil Palm Biomass for Propellant Applications (PALMEX) dan Defence White Paper diketengahkan dalam Festival of Ideas Putrajaya 2025, selaras dengan fokus UPNM terhadap teknologi hijau dan pertahanan mampan.

Lonjakan Ketujuh RPTM 2026–2035, iaitu Keunggulan Global, turut dilaksanakan melalui Pelan Strategik UPNM30 bagi melahirkan pemimpin pertahanan berintelektual tinggi dan kompetitif di peringkat antarabangsa dengan memfokuskan kecerdasan buatan (AI), kebolehpasaran global serta pembangunan bakat cemerlang.

Penggunaan AI diselaraskan di Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, termasuk dalam pertahanan siber dan teknologi dron, manakala program kepimpinan menekankan etika, integriti dan nilai murni.

Inisiatif WBL 2.0 membina jalinan kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pertahanan Malaysia (KEMENTAH) dan Malaysian Qualifications Agency (MQA) dengan menawarkan tiga program diploma kepada 230 anggota lain-lain pangkat Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara dengan pengiktirafan akademik rasmi.

UPNM30 turut menterjemahkan agenda kemampanan RPTM 2026–2035 dengan mengintegrasikan kelestarian alam dalam ekosistem pendidikan pertahanan melalui kerjasama industri, penyelidikan bersama, pelan jangka panjang serta penjanaan tenaga hijau.

Kerjasama ini mendedahkan pelajar, penyelidik dan staf akademik kepada penyelidikan berimpak tinggi.

Lonjakan Kesepuluh RPTM 2026–2035, iaitu Penyampaian Responsif dan Dinamik, memfokuskan pengukuhan tadbir urus yang tangkas, integrasi AI serta akses inklusif terhadap kumpulan terpinggir. Selaras dengan Pelan Strategik UPNM30, simulasi ketenteraan berteraskan AI diperkenalkan kepada pegawai kadet dan pelajar awam bagi menggalakkan penguasaan teknologi tersebut.

Ringkasnya, hala tuju dan pelan tindakan strategik UPNM30 di bawah kepimpinan Arman Rumaizi mencerminkan kepimpinan berintegriti, berorientasikan keputusan strategik serta transformasi berasaskan nilai, data dan keberhasilan terukur.

Keselarasan pelan strategik ini turut tercermin melalui pencapaian UPNM di kedudukan ke-419 daripada 1,095 universiti dalam penarafan Sains Ketenteraan EduRank 2025.

Pencapaian ini menjadi asas pemerkasaan UPNM dalam tujahan pertahanan dan keselamatan yang lebih unggul di peringkat global.

Ringkasan AI

  • Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 dianggap selaras dengan Pelan Strategik UPNM30 yang bertujuan memperkukuh akses pendidikan dan meningkatkan kualiti pembelajaran
  • UPNM menyokong sepenuhnya 10 Lonjakan Strategik RPTM 2026–2035 dengan fokus pada empat teras utama dan 15 lonjakan strategik
  • Transformasi pendidikan tinggi di bawah RPTM 2026–2035 bertujuan menjadikan UPNM institusi premier bertaraf antarabangsa dalam bidang pertahanan dan keselamatan
  • Program Penerbangan 2u1i adalah hasil kerjasama strategik UPNM, membolehkan pelajar memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Lesen Penerbangan serentak dalam tempoh 3 tahun
  • Pelaksanaan teknologi hijau dan pembangunan bakat cemerlang termasuk penggunaan AI dan pembangunan sistem tenaga solar adalah sebahagian daripada inisiatif UPNM mengikut RPTM 2026–2035

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!