Wanita digalak khatam al-Quran bulan Ramadan, raih keberkatan

Tunku Noor Hayati (tiga dari kanan) yang memegang risalah World #QuranHour.
Tunku Noor Hayati (tiga dari kanan) yang memegang risalah World #QuranHour.
A
A
A

TUMPAT – Golongan wanita digalakkan membaca al-Quran dan khatam dalam Ramadan bagi meraih keberkatan bulan mulia.

Ketua Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, Tengku Puan Temenggong Kelantan, Tunku Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai berkata, pihaknya menekankan kepentingan ibadah itu sebagai panduan hidup.

“Memang kami galakkan semua membaca al-Quran dan khatam pada bulan Ramadan.

“Mohon keberkatan kepada semua,” katanya kepada Sinar Harian ketika menghadiri Program Infaq Ramadan 2026 i‑Phoso Kelantan bersama Wanita Perkim Kelantan dan Yayasan Che Mas di Kampung Pasir Pekan Tengah, di sini pada Isnin.

Turut hadir, isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacob.

Dalam program sama, Wanita Perkim diketuai Tunku Noor Hayati turut menyatakan sokongan kepada World #QuranHour 2026 bersama lebih 100 hadirin termasuk ahli pertubuhan dan penduduk setempat.

Wanita Perkim dan penduduk setempat yang menyatakan sokongan kepada World #QuranHour.
Foto: SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID
Wanita Perkim dan penduduk setempat yang menyatakan sokongan kepada World #QuranHour. Foto: SINAR HARIAN/ADILA SHARINNI WAHID

World #QuranHour yang akan diadakan Rabu minggu depan bertujuan menyatukan umat Islam secara global untuk membaca, merenung dan menghayati al-Quran selama sejam serentak di seluruh dunia.

Sementara itu, Pengasas i‑Phoso Kelantan, Shazwan Saupi berkata, program Infaq Ramadan berlangsung setiap hari selama sebulan dengan pengagihan 15 air balang pelbagai perisa kepada golongan memerlukan hasil sumbangan para penderma.

Artikel Berkaitan:

“Sumbangan diperoleh daripada pihak sukarela termasuk agensi dan individu.“Sambil terima air bagi yang berkemampuan, mereka juga boleh turut sama menginfak dan akan diperuntukkan dalam program Infak Perdana minimum 30 balang air di penghujung Ramadan berserta pembahagian zakat,” katanya.

 

Ringkasan AI

  • Golongan wanita digalakkan membaca al-Quran dan khatam dalam Ramadan Ketua Wanita Perkim menekankan kepentingan ibadah ini sebagai panduan hidup Wanita Perkim menyokong World #QuranHour 2026 untuk membaca al-Quran serentak seluruh dunia Program Infaq Ramadan berlangsung setiap hari selama sebulan dengan pengagihan air kepada yang memerlukan Sumbangan diperoleh dari pihak sukarela untuk program infak dan zakat di penghujung Ramadan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!