Pegawai pertahanan tertinggi Iran dilaporkan terkorban dalam serangan AS-Israel

Ali Shamkhani - Foto: Agensi
Ali Shamkhani - Foto: Agensi
A
A
A

ISTANBUL - Setiausaha Majlis Pertahanan Iran, Ali Shamkhani, dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media Iran pada Ahad.

Shamkhani juga merupakan penasihat kanan kepada Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.

Laporan menyatakan bahawa serangan itu mengorbankan beberapa pegawai kanan pertahanan Iran.

Selain Shamkhani, Jeneral Mohammad Pakpour, komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), turut terkorban dalam serangan berkenaan, menurut beberapa laporan.

Shamkhani, 70, mengetuai rundingan dengan AS mengenai program nuklear Iran.

Beberapa hari sebelum serangan itu, beliau berkata, "Jika isu utama rundingan bukan mengenai pembuatan senjata nuklear oleh Iran, perkara ini adalah selaras dengan dekri agama yang dikeluarkan oleh pemimpin Iran serta doktrin pertahanan negara, dan perjanjian segera boleh dicapai.” - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Setiausaha Majlis Pertahanan Iran Ali Shamkhani dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel dan AS
  • Shamkhani merupakan penasihat kanan kepada Ayatollah Ali Khamenei
  • Serangan itu juga mengorbankan beberapa pegawai kanan pertahanan Iran
  • Jeneral Mohammad Pakpour dari IRGC turut terkorban dalam serangan tersebut
  • Shamkhani mengetuai rundingan dengan AS mengenai program nuklear Iran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!