Serangan udara AS-Israel sasar hospital di ibu kota Iran

Rakaman yang disiarkan di televisyen kerajaan menunjukkan tingkap pecah dan kerosakan pada bahagian depan hospital.
Rakaman yang disiarkan di televisyen kerajaan menunjukkan tingkap pecah dan kerosakan pada bahagian depan hospital.
A
A
A

ANKARA - Serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel menyasarkan Hospital Gandhi di utara Teheran pada Ahad, Anadolu Ajansi (AA) melaporkan, memetik media Iran.

Rakaman yang disiarkan di televisyen kerajaan menunjukkan tingkap pecah dan kerosakan pada bahagian depan hospital.

Susulan serangan itu, langkah keselamatan yang dipertingkatkan telah dilaksanakan di sekitar hospital dan pasukan perubatan menjalankan pemeriksaan di dalam bangunan.

Dalam rakaman itu, jururawat dilihat mengeluarkan bayi baru lahir dari hospital dan cuba memindahkan mereka ke lokasi lain.

Terdahulu, Persatuan Bulan Sabit Merah Iran mengeluarkan imej yang menunjukkan ibu pejabatnya dan beberapa hospital telah menjadi sasaran dalam serangan itu.

AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Sabtu, membunuh beberapa pemimpin tertinggi Iran, termasuk Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan beberapa siri serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, aset AS dan beberapa negara Teluk.

Israel dan AS melancarkan serangan serupa ke atas Iran pada Jun lepas, mencetuskan perang 12 hari sebelum gencatan senjata diumumkan. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Serangan udara Amerika Syarikat-Israel menyasarkan Hospital Gandhi di Teheran
  • Rakaman televisyen menunjukkan kerosakan pada hospital itu
  • Langkah keselamatan diperketat dan pemeriksaan dijalankan dalam bangunan
  • Jururawat keluarkan bayi baru lahir untuk dipindahkan
  • Serangan itu sebahagian daripada tindak balas melibatkan serangan dron dan peluru berpandu antara Iran dengan AS dan Israel

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!