Setiausaha Agung PBB kata tidak dapat sahkan laporan kematian Ali Khamenei

Antonio Guterres
Antonio Guterres
A
A
A

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata beliau tidak dapat mengesahkan laporan mengenai kematian Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan bahawa Khamenei terbunuh dalam serangan ketenteraan ke atas Iran, walaupun Iran belum mengesahkan kematian itu secara rasmi.

"Beberapa pegawai tinggi dilaporkan telah terbunuh, termasuk - menurut sumber Israel - Pemimpin Agung Iran Ali Khamenei, yang saya tidak berada dalam kedudukan untuk mengesahkannya," kata Guterres pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, tidak dapat mengesahkan kematian Ayatollah Ali Khamenei
  • Presiden AS, Donald Trump, menyatakan Khamenei terbunuh dalam serangan ketenteraan
  • Iran belum mengesahkan kematian Khamenei secara rasmi
  • Pegawai tinggi Iran dilaporkan terbunuh dalam serangan tersebut
  • Guterres menyatakan ini dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!