X

Kindly register in order to view this article
!

KKM terima sumbangan RM200,000 dan bekalan perubatan

Dr Adham (kanan) menerima sumbangan daripada Duta Besar China di Malaysia Bai Tian yang akan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan yang berada di barisan hadapan di kementerian itu hari ini. -Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan hari ini menerima sumbangan peralatan perlindungan diri (PPE), bekalan perubatan dan wang tunai RM200,000 daripada pelbagai pihak hari ini.

Sumbangan itu disampaikan kepada Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba di kementerian itu di sini.

Pada majlis itu, Duta Besar China di Malaysia Bai Tian menyampaikan sumbangan 40,000 penutup hidung dan mulut jenis N95 dan 350,000 keping penutup mulut dan hidung pembedahan.

Syarikat UEM Edgenta menyumbangkan alat bantuan pernafasan (ventilator), manakala Heitech Padu Berhad menyumbangkan wang tunai RM100,000 dan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR).

Linde Malaysia Sdn Bhd pula menyumbang wang tunai RM100,000, Media Scott and English Electronic Sdn Bhd menyumbang 80 buah pendingin hawa, Reckitt Benckiser (M) Sdn Bhd menyumbang 100,000 buku sabun Dettol dan Lembaga Tabung Haji menyumbang 205 botol air zam-zam. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!