Lelaki Indonesia kahwini ibu mentua, jadi bapa tiri bekas isteri

SULAWESI SELATAN – Seorang lelaki di Indonesia mencetuskan kekecohan apabila mengahwini ibu mentuanya sendiri selepas wanita itu hamil hasil hubungan sulit mereka, sekali gus menjadikan dirinya bapa tiri kepada bekas isterinya.
Menurut laporan Detik, kejadian itu berlaku di Kabupaten Soppeng, Sulawesi Selatan, awal tahun 2024.
Difahamkan, lelaki berkenaan yang usianya tidak didedahkan didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan ibu mentuanya berusia 36 tahun.
Ibu mentuanya merupakan seorang balu yang kehilangan suami beberapa tahun lalu.
Apabila hubungan mereka terbongkar dan wanita itu disahkan hamil, pihak polis campur tangan untuk menenangkan keadaan kedua-dua keluarga tersebut.
Selepas rundingan, keluarga wanita itu menerima keadaan tersebut dengan syarat lelaki itu perlu menceraikan isterinya yang berusia 21 tahun sebelum mengahwini ibu mertuanya.
Keluarga lelaki itu juga bersetuju dengan keputusan tersebut.
Lelaki berkenaan kemudian memfailkan perceraian di mahkamah agama tempatan, dengan prosiding diadakan pada Mei 2025.
Selepas proses selesai, dia secara sah menceraikan isterinya dan berkahwin dengan ibu mentuanya.
Wanita itu dilaporkan telah selamat melahirkan anak hasil perkahwinan mereka dan kedua-dua keluarga kini dilaporkan telah berdamai. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang lelaki di Indonesia mengahwini ibu mentuanya selepas wanita itu hamil hasil hubungan sulit mereka
- Kejadian berlaku di Kabupaten Soppeng, Sulawesi Selatan, awal tahun 2024
- Ibu mentuanya berusia 36 tahun dan merupakan seorang balu
- Keluarga menerima perkahwinan tersebut dengan syarat lelaki itu menceraikan isterinya yang berusia 21 tahun
- Setelah proses perceraian, lelaki itu sah mengahwini ibu mertuanya dan kedua-dua keluarga telah berdamai
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
