Lelaki ditahan disyaki rogol remaja perempuan

Mangsa dipercayai telah dirogol oleh lelaki dikenali.- Gambar hiasan
Mangsa dipercayai telah dirogol oleh lelaki dikenali.- Gambar hiasan
A
A
A

GOMBAK - Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Bandar Tasik Puteri di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang juga ibu mangsa berusia 35 tahun berhubung kejadian itu pada jam 8.15 malam, Ahad.

“Mangsa dipercayai telah dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya,” katanya dalam kenyataan pada Selasa

Menurut beliau, susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menahan suspek berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Gombak, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menahan lelaki 54 tahun berkaitan kes rogol gadis 13 tahun di Bandar Tasik Puteri Gombak
  • Ibu mangsa melapor kepada polis mengenai kejadian itu
  • Mangsa dipercayai dirogol oleh seseorang yang dikenalinya
  • Suspek kini direman tujuh hari tanpa rekod jenayah lampau
  • Orang ramai diminta memberi maklumat kepada Polis Daerah Gombak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!