[VIDEO] Dua pengarah syarikat perabot didakwa gagal bayar cukai jualan lebih RM320,000

A
A
A

GEORGE TOWN – Sebuah syarikat membuat dan menjual perabot serta dua ahli lembaga pengarahnya dihadapkan ke mahkamah atas 58 pertuduhan gagal membayar cukai jualan membabitkan jumlah keseluruhan RM320,337.84.

Eng Chen (kanan) dan Paik Eng (tengah) hadir ke Mahkamah Sesyen Jenayah 2, George Town pada Khamis dengan ditemani anak mereka yang juga pengurus syarikat berkenaan.
Eng Chen (kanan) dan Paik Eng (tengah) hadir ke Mahkamah Sesyen Jenayah 2, George Town pada Khamis dengan ditemani anak mereka yang juga pengurus syarikat berkenaan.

Syarikat tersebut, Seng Cushion Sdn Bhd bersama dua pengarahnya, Ng Eng Chen, 64 dan Lim Paik Eng, 62 didakwa gagal membayar cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar bagi tempoh bercukai antara tahun 2019 hingga 2024.

Mereka yang juga suami isteri didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Cawangan Penguatkuasaan Pendaftaran dan Pengurusan Hasil, Kompleks Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Seberang Jaya.

Kedua-duanya bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan berasingan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Irwan Suainbon di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 pada Khamis.

Mengikut pertuduhan, kesalahan itu dilakukan di bawah Seksyen 26(5) Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806] kerana gagal menjelaskan cukai jualan berjumlah RM228,812.83 serta penalti RM91,525.01 kepada Ketua Pengarah Kastam dalam tempoh ditetapkan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 26(9) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JKDM, S Bakialetchumy.

Artikel Berkaitan:

Kes ditangguh sehingga 10 April untuk serahan dokumen.

Ringkasan AI

  • Syarikat perabot dan dua pengarahnya didakwa gagal membayar cukai jualan RM320,337.84
  • Seng Cushion Sdn Bhd dan pengarahnya, Ng Eng Chen serta Lim Paik Eng, gagal bayar cukai dari 2019 hingga 2024
  • Pasangan suami isteri itu didakwa di pejabat Kastam Seberang Jaya
  • Mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jenayah
  • Boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!