X

Kindly register in order to view this article
!

Bakar sampah dianggap ingkar PKP!

Pesanan polis daerah Marang kepada orang ramai agar tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang dimuatnaik di Facebook. Gambar kanan: Mohd Zain
A
A

MARANG - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu di daerah ini yang dikesan membuat pembakaran terbuka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, sepanjang tempoh PKP fasa satu, pihaknya menerima empat laporan mengenai pembakaran terbuka dengan dua daripadanya berlaku di tepi jalan.

"Kita memandang serius isu ini dan menasihatkan penduduk di daerah ini supaya jangan sesekali melakukan aktiviti pembakaran terbuka kerana dibimbangi akan merebak ke kediaman berhampiran memandangkan keadaan cuaca yang panas ketika ini.

"Mana-mana individu yang melakukan pembakaran terbuka bukan hanya boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling tetapi akan ditangkap kerana ingkar arahan PKP," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Katanya, hasil pemantauan sebelum ini, pihaknya mendapati ada segelintir individu di daerah ini melakukan pembakaran terbuka di hadapan rumah sehingga menimbulkan ketidakselesaan jiran tetangga.

"Selepas ini, jika kita nampak ada individu melakukan pembakaran terbuka sama ada di hadapan rumah atau kebun, kita akan tahan sebab ingkar PKP," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!