Lepak lagi, RM1,000 melayang!

Mahkamah Majistret Selayang - Foto Sumber Internet
Mahkamah Majistret Selayang - Foto Sumber Internet
A
A
A

SELAYANG - Dua penjual sayur warga Mnyamar dan lapan lelaki tempatan hari ini mengaku salah di Mahkamah Majistret Selayang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 30 Mac lalu dengan berada di kawasan tempat jangkitan tanpa alasan munasabah.

Dua warga Myanmar itu dan enam lelaki tempatan masing-masing didenda RM1,000 atau penjara sebulan manakala dua lagi individu yang juga warga tempatan didenda RM900 atau penjara sebulan jika gagal bayar denda.

Mohamed Isa Mohamed Bashir, 33, dan Abul Bashir Mohrmat Amin 34, didakwa melakukan kesalahan itu 30 Mac lalu pada jam 10 pagi.

Mereka didapati berada di kaki lima hadapan kedai Walf Holdings Sdn Bhd Batu 8, Jalan Sultan Azlan Shah di Batu Caves, Gombak Selangor.

Mereka didakwa dengan sengaja berada dalam kawasan tempat jangkitan tanpa sebarang alasan munasabah yang menghendaki mereka berada dalam rumah melalui warta P U[A] 91 Di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Oleh yang demikian mereka telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 Yang Boleh Dihukum Di Bawah Perkara 7 Peraturan Yang Sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Dua lagi lelaki tempatan iaitu pemilik bengkel kereta Teh Chin Chai 51, dan pemandu lori, M Kalimuthu, 31 turut menerima hukuman sama.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, enam lelaki yang didenda RM 1,000, jika gagal membayar akan dikenakan penjara sebulan.

Mereka ialah P Ravineshkumar,27, S Puvaneswaran,29, P Dharvindra Raj, 30, S Sri Rama Krishnan, 30, N Sommu,29, dan S Puneswaran, 33, didakwa bersama-sama telah berhimpun di dalam mana-mana kawasan tempat jangkitan bagi maksud sosial di tepi Jalan 1F Taman Jati Batu 17, Rawang di sini pada kira-kira 5 petang, 30 Mac lalu.

Mengikut Peraturan 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 7 peraturan sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.