Polis bantu warga emas beli barang ketika Covid-19
TURKI - Anggota polis tampil membantu membeli barang keperluan buat warga emas di sini susulan bimbang mereka dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) ketika keluar rumah.
Perkongsian video di muat naik di Twitter milik StanceGrounded menunjukkan anggota polis datang ke rumah warga emas sebelum mencatat senarai barangan keperluan yang mahu dibeli mereka.
Dengan ciapan, "Di Turki, pegawai polis melawat rumah orang tua dan bertanya kepada mereka apa yang mereka perlukan dan berbelanja untuk memastikan mereka selamat dan elak terkena wabak Covid-19," tular di laman sosial.
Pada hantaran sama, tindakan itu dilakukan untuk melindungi dan menjaga komuniti.
Kisah penuh inspirasi itu menarik perhatian netizen yang juga berkongsi kebaikan anggota polis di Ireland.
Perkara yang sama juga dilakukan oleh anggota polis dengan membeli, menghantar barangan harian di rumah warga emas setelah dimuat naik di akaun Twitter Garda Info.
Ciapan Twitter itu menjelaskan, "Foto unit kepolisan komuniti membantu warga emas. Kami berada di sini untuk membantu dalam apa jua keadaan."
My heart
In Turkey, the police officers visit the homes of the elderly and ask them what they need and shop for them to keep them safe from going out and catching the virus.
THIS IS WHAT YOU CALL TO PROTECT AND SERVE.
THIS IS WHAT YOU CALL HUMANITY pic.twitter.com/ytwpV0k5Kp— StanceGrounded (@_SJPeace_) March 31, 2020
Gaza Freedom Flotilla disertai cucu Nelson Mandela
Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Remaja taksub dengan teman lelaki hubungi lebih 100 kali sehari
Kerajaan Arab Saudi giat bangunkan sistem AI
'Jika nyawa boleh diganti, biarlah saya pergi dulu'- Bapa Sivasutan
[VIDEO] Mahkamah tolak permohonan pekebun durian musang king
Pelik orang Malaysia tidak pandai berbahasa Melayu
'Sebak tak dapat tatap jenazah Along kali terakhir' - Adik Mohd Shahrizan
[VIDEO] Anak bongsu Noor Rahiza tidak henti-henti panggil 'mama'