Kes penipuan dalam talian melonjak, kerugian cecah hampir RM3 bilion

Rusdi
Rusdi
A
A
A

KUALA LUMPUR – Statistik jenayah penipuan dalam talian menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 66,204 kes direkodkan dengan jumlah kerugian mencecah RM2.97 bilion pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, berdasarkan statistik bagi tempoh dua tahun memperlihatkan peningkatan kes.

"Pada 2024, sebanyak 35,368 kes direkodkan dengan jumlah kerugian meningkat kepada RM1.57 bilion.

"Pada tahun lalu, jumlah kes melonjak sebanyak 66,204 kes direkodkan dengan jumlah kerugian mencecah RM2.97 bilion," katanya dalam program Ruang Bicara pada Isnin.

Rusdi berkata, pelaburan tidak wujud mencatat kerugian tertinggi iaitu sebanyak RM1.46 bilion pada tahun lalu, meningkat mendadak berbanding RM848.6 juta pada tahun sebelumnya.

"Jenayah telekomunikasi turut menunjukkan peningkatan drastik dengan kerugian RM802.4 juta pada tahun lalu berbanding RM497.1 juta pada 2024," katanya.

Rusdi berkata, sindiket menggunakan taktik psikologi 'terlalu lumayan untuk dipercayai' dengan menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat, selain menyasarkan golongan pesara berusia 50 tahun ke atas yang mempunyai simpanan besar.

"individu yang menjadi mangsa jenayah dalam talian terdiri daripada pelajar serta pesara.

"Kita perlu meningkatkan kecekapan untuk menangani perkara ini daripada semasa ke semasa," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Statistik jenayah penipuan dalam talian menunjukkan peningkatan dengan sebanyak 66,204 kes dan kerugian RM2.97 bilion pada tahun lalu
  • Pada 2024, jumlah kerugian akibat penipuan dalam talian meningkat kepada RM1.57 bilion dari 35,368 kes
  • Kerugian tertinggi dicatat dalam pelaburan tidak wujud mencapai RM1.46 bilion pada tahun lalu
  • Jenayah telekomunikasi mencatat kerugian sebanyak RM802.4 juta pada tahun lalu
  • Sindiket menargetkan golongan pesara berusia 50 tahun ke atas dengan janji pulangan tinggi dalam tempoh singkat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!