GLC perlu main peranan lebih proaktif bantu rakyat: PM

Muhyiddin (kiri) mengadakan sidang video bersama enam teraju utama GLC bagi membincangkan hal-hal berkaitan ekonomi negara.
Muhyiddin (kiri) mengadakan sidang video bersama enam teraju utama GLC bagi membincangkan hal-hal berkaitan ekonomi negara.
A
A
A

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memainkan peranan lebih proaktif dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Perkatra itu disuarakan Perdana Menteri dalam hantaran Facebooknya berkata, GLC juga perlu menjadi contoh kepada syarikat atau industri lain bagi membantu rakyat berdepan kesukaran.

"Peranan GLC penting dalam membantu kerajaan merangka strategi ekonomi yang komprehensif semasa dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengadakan sidang video bersama enam teraju utama GLC bagi membincangkan hal-hal berkaitan ekonomi negara.

GLC terlibat adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Tunku Alizakri Raja Alias; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad, Jalil Rasheed dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Datuk Shahril Ridzuan.

Turut sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Syed Hamadah Syed Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Nik Amlizan Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen.

Artikel Berkaitan: