Ribut petir, hujan lebat berpanjangan dijangka landa Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan angin monsun dijangka memasuki rantau negara bermula 19 hingga 23 Februari ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan keadaan itu berpotensi mengakibatkan keadaan cuaca yang lebih lembap sekali gus membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa lebih panjang di Sabah dan Sarawak.
"Keadaan ini turut menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan (LCS). Sehubungan itu, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan LCS berkuat kuasa dari 18 hingga 21 Feb 2026,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca signifikan dengan luruan angin monsun dari 19 hingga 23 Feb
- Keadaan cuaca lebih lembap dijangka di Sabah dan Sarawak dengan ribut petir dan hujan lebat
- Angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan
- Amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan bagi perairan Laut China Selatan dari 18 hingga 21 Feb
- Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia untuk maklumat terkini
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
