Ribut petir, hujan lebat dijangka landa KL, Putrajaya dan tujuh negeri - MetMalaysia

Antara negeri yang dikangka terjejas ialah Selangor, Pahang dan Johor.
Antara negeri yang dikangka terjejas ialah Selangor, Pahang dan Johor.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan tujuh negeri hingga 7 malam pada Khamis, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan jam 2.55 petang pada Khamis memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang.

Amaran itu turut membabitkan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah bahagian pedalaman (Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), pantai barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau.

Kawasan yang dijangka terjejas di Sarawak pula melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan tujuh negeri hingga malam Khamis
  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran pada 2.55 petang Khamis
  • Negeri terlibat termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Pahang dan Johor
  • Di Sabah, kawasan pedalaman dan pantai barat serta Tawau turut terjejas
  • Kawasan di Sarawak yang terjejas termasuk Kuching, Sarikei, Miri dan beberapa lagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!