[VIDEO] Muhyiddin dilantik Timbalan Pengerusi PN

A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada 1 Januari lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali dilantik, namun sebagai Timbalan Pengerusi gabungan berkenaan.

Muhyiddin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PN selepas Mesyuarat Tertinggi PN di Pejabat Pas Pusat di sini pada Ahad.
Muhyiddin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PN selepas Mesyuarat Tertinggi PN di Pejabat Pas Pusat di sini pada Ahad.

Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Tertinggi gabungan itu pada Ahad.

“Adalah dimaklumkan, mesyuarat telah meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin selaku pengurusi Perikatan Nasional berkuat kuasa 1 Januari 2026. 

“Mesyuarat seterusnya dengan sebulat suara melantik Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Mesyuarat Tertinggi PN di Pejabat Pas Pusat di sini pada Ahad.

Muhyiddin sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN susulan kemelut yang melanda Pas dan Bersatu di Perlis.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional
  • Pelantikan Muhyiddin dibuat dalam Mesyuarat Tertinggi PN pada Ahad
  • Peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026
  • Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri dilantik sebagai Pengerusi PN yang baharu
  • Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan susulan kemelut di Perlis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!