Ronaldo turut berpuasa selami perasaan umat Islam

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

BEKAS pemain Al Nassr mendedahkan satu sisi luar biasa mengenai kapten pasukan itu, Cristiano Ronaldo, sepanjang beraksi di Arab Saudi yang nyata menonjolkan sifat ingin tahu dan penghormatan tingginya terhadap budaya tempatan.

Bercakap menerusi program audio siar Thmanyah Sports, Shaye Sharahili berkongsi bahawa bintang bola sepak Portugal tersebut telah memilih untuk turut berpuasa pada bulan Ramadan tahun lalu, meskipun beliau bukan seorang Muslim.

“Pada tahun lepas, Cristiano Ronaldo cuba berpuasa bersama pemain Muslim Al Nassr yang lain ketika bulan Ramadan.

“Beliau berpuasa selama dua hari untuk merasai sendiri pengalaman dan apa yang dilalui oleh umat Islam ketika berpuasa,” kata Sharahili.

Kisah menarik itu dikongsikan susulan umat Islam di seluruh dunia yang baru sahaja menyambut ketibaan bulan Ramadan.

Keputusan Ronaldo untuk turut serta berpuasa walaupun hanya untuk tempoh singkat disifatkan oleh rakan sepasukan sebagai satu tanda hormat dan sifat keterbukaan yang tinggi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bekas pemain Al Nassr mendedahkan Cristiano Ronaldo berpuasa pada bulan Ramadan tahun lepas
  • Ronaldo memilih untuk berpuasa bersama pemain Muslim Al Nassr
  • Beliau berpuasa selama dua hari untuk merasai pengalaman umat Islam
  • Kisah ini dikongsikan sebagai satu tanda hormat dan keterbukaan Ronaldo terhadap budaya tempatan
  • Keputusan Ronaldo berpuasa dianggap sebagai tanda penghormatan tinggi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!