Penjual online topeng muka RM2.50 ditahan

Rae Morn Verak (tengah) menunjukkan topeng muka yang dirampas di Taman Kempas Isnin lalu.
Rae Morn Verak (tengah) menunjukkan topeng muka yang dirampas di Taman Kempas Isnin lalu.
A
A
A

SUNGAI PETANI- Seorang peniaga dalam talian ditahan kerana menjual topeng muka melebihi harga siling manakala 3,450 unit topeng muka miliknya dirampas dalam satu serbuan di Taman Kempas, di sini Isnin lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Rae Morn Verak berkata, topeng muka yang dirampas dianggarkan bernilai RM6,900 di mana serbuan dibuat berikutan maklumat orang awam mengenai penjualan harga topeng muka melebihi harga maksimum.

Katanya, siasatan mendapati, taktik penjualan dikesan menggunakan laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp untuk mengiklankan penjualan topeng muka iaitu RM2.50.

Antara topeng muka yang dirampas di Taman Kempas kerana harga penjualan melebihi harga maksimum.
Antara topeng muka yang dirampas di Taman Kempas kerana harga penjualan melebihi harga maksimum.

"Barangan yang dipesan oleh pelanggan akan dihantar melalui kiriman pos. Seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan untuk diambil keterangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Peniaga menaikkan harga semua jenis topeng muka boleh dikenakan tindakan denda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Manakala, syarikat yang sabit kesalahan pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, orang ramai disaran menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan mencurigakan melalui hotline 1-800-886-800 atau mana-mana saluran KPDNHEP.