Israel mula bebaskan tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza

Warga Palestin membuat isyarat dari dalam sebuah bas selepas dibebaskan dari penjara tentera Ofer yang terletak antara Ramallah dan Beitunia di Tebing Barat yang diduduki pada 13 Oktober 2025. Foto AFP
Warga Palestin membuat isyarat dari dalam sebuah bas selepas dibebaskan dari penjara tentera Ofer yang terletak antara Ramallah dan Beitunia di Tebing Barat yang diduduki pada 13 Oktober 2025. Foto AFP
A
A
A

ISTANBUL - Israel mula membebaskan tahanan Palestin pada Isnin di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.

Menurut Anadolu Ajansi, Pejabat Media Tahanan Palestin yang dikendalikan Hamas memaklumkan bahawa bas membawa tahanan yang dibebaskan telah bergerak dari Penjara Ofer di barat Ramallah ke bandar Beitunia di Tebing Barat yang diduduki.

Bas-bas yang membawa tahanan yang dibebaskan dari Penjara Negev di selatan Israel juga bergerak menuju ke Semenanjung Gaza, menurut pejabat itu.

Pembebasan itu dibuat selepas Hamas menyerahkan 20 tawanan Israel yang masih hidup di bawah fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza.

Menurut laporan, seramai 1,968 tahanan Palestin, termasuk 250 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata itu. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Israel mula membebaskan tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza
  • Bas membawa tahanan yang dibebaskan bergerak dari Penjara Ofer ke Beitunia di Tebing Barat
  • Bas-bas dari Penjara Negev menuju ke Semenanjung Gaza membawa tahanan yang dibebaskan
  • Pembebasan tahanan selepas Hamas menyerahkan 20 tawanan Israel
  • Seramai 1,968 tahanan Palestin termasuk 250 dengan hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!