Lagi kes rogol berkumpulan berlaku di sekolah, tiga pelajar dan bekas pelajar ditahan

Empat suspek termasuk tiga pelajar sekolah ditahan kerana disyaki terbabit dalam rogol berkumpulan dan menyebarkan bahan lucah yang tular di media sosial. Gambar hiasan
Empat suspek termasuk tiga pelajar sekolah ditahan kerana disyaki terbabit dalam rogol berkumpulan dan menyebarkan bahan lucah yang tular di media sosial. Gambar hiasan
A
A
A

BALING - [DIKEMAS KINI] Tiga pelajar sebuah sekolah di daerah ini dan seorang bekas pelajar ditahan kerana disyaki terbabit dalam rogol berkumpulan dan menyebarkan bahan lucah yang tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md Ali berkata, polis menerima laporan daripada pengadu berusia 53 tahun pada jam 8.11 malam Ahad selepas dimaklumkan guru disiplin berkenaan rakaman tular anaknya berbogel.

Menurutnya, laporan polis dibuat pengadu setelah menerima maklumat dari guru disiplin terbabit pada jam 11 pagi hari yang sama.

"Pada jam lebih kurang 9.30 malam, tiga pelajar dan seorang bekas pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan.

"Sepanjang siasatan, polis telah merampas enam buah telefon bimbit," katanya.

Hasil soal siasat dijalankan, empat suspek terlibat menyimpan dan menyebarkan bahan lucah yang tular tersebut.

"Siasatan lanjut mendapati empat suspek itu juga telah melakukan hubungan seks termasuk secara berkumpulan pada bulan Mei hingga Ogos 2025 di beberapa lokasi termasuk dalam kelas di sekolah terbabit," katanya.

Tambahnya, permohonan reman ke atas empat suspek telah dibenarkan selama lima hari bermula tarikh ditangkap.

Kes disiasat bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan Seksyen 8 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana menghantar pornografi kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiga pelajar dan seorang bekas pelajar sekolah di Baling ditahan kerana rogol berkumpulan
  • Disyaki menyebarkan bahan lucah di media sosial
  • Laporan polis dibuat berdasarkan maklumat dari guru disiplin
  • Suspek mengaku menyimpan dan menyebarkan bahan lucah
  • Mendakwa melakukan hubungan seks secara berkumpulan dari Mei hingga Ogos 2025 di lokasi termasuk dalam kelas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!