Jamal disahkan negatif Covid-19

Jamal memuatnaik status di Facebook beliau hari ini.
Jamal memuatnaik status di Facebook beliau hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos disahkan negatif koronavirus (Covid-19).

Jamal memaklumkan mengenai perkara itu menerusi status yang dimuatnaik di Facebook beliau sebentar tadi.

Menurutnya, beliau bersyukur kerana tidak dijangkiti wabak itu dan telah menjalani ujian saringan sebanyak tiga kali.

"Alhamdulillah saringan kali ketiga 'Not detected' (tidak dapat dikesan). Anda bila lagi, demi diri dan orang yang tersayang," katanya.

Difahamkan, Jamal melakukan ujian saringan itu di sebuah hospital swasta di negara ini menerusi gambar laporan ujian yang dimuatnaik di Facebook.

Jamal di dalam ruangan komen memaklumkan, ujian itu dibayar syarikat insurans memandangkan beliau merupakan pencarum.

"Hasil ujian dapat diketahui dalam tempoh 24 jam," katanya.

Artikel Berkaitan: