PRN Melaka: BN umum calon 28 Oktober depan

Ab Rauf pada pelancaran jentera pilihan raya Parlimen Tangga Batu pada Sabtu.
Ab Rauf pada pelancaran jentera pilihan raya Parlimen Tangga Batu pada Sabtu.
A
A
A

MELAKA - Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 28 Oktober ini, tiga hari sebelum hari penamaan calon.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pengumuman itu akan dibuat seperti yang dirancang bagi menentukan calon yang akan membawa perjuangan UMNO dan BN pada PRN Melaka, 14 November ini.

"Insya-Allah, saya akan buat pengumuman calon pada 28 Oktober ini. Siapa juga yang tercalon, itulah calon yang akan membawa obor-obor perjuangan UMNO dan BN.

"Jadi, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, berazam untuk menang. Berazam supaya kita tidak tewas lagi sekali," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Tangga Batu pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ab Rauf mengingatkan jentera parti supaya berusaha memastikan BN kembali mendapat mandat rakyat Melaka pada PRN kali ini mengelak pengalaman perit BN tewas berulang termasuk insiden hinaan di kediaman Ketua Menteri.

"Cukuplah sekali dan kita tidak berbalik lagi. Pastinya, pilihan raya kali ini, UMNO dan BN kembali untuk membela rakyat Melaka, demi rakyat, untuk rakyat dan wakil rakyat untuk rakyat," katanya.

Sementara itu Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan bagi akan dihadiri oleh Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Oktober.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!