Pelakon James Van Der Beek meninggal dunia akibat kanser

PELAKON Amerika Syarikat (AS), James Van Der Beek meninggal dunia selepas berjuang melawan kanser usus, lapor PA Media/dpa.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan keluarga pelakon itu pada Rabu memaklumkan bahawa beliau dilaporkan meninggal dunia "dengan tenang.”
Van Der Beek, 48, paling dikenali menerusi watak utama dalam drama remaja popular AS, Dawson's Creek.
"James David Van Der Beek yang kami kasihi menghembuskan nafas terakhir dengan tenang pagi ini.
"Hari-hari itu akan tiba. Buat masa ini, kami memohon ruang privasi ketika kami meratapi pemergian suami, bapa, anak lelaki, abang dan sahabat yang kami kasihi,” menurut kenyataan keluarga itu. - Bernama-PA Media/dpa
Ringkasan AI
- Pelakon Amerika Syarikat, James Van Der Beek meninggal dunia akibat kanser usus
- Keluarga mengumumkan kematian beliau berlaku "dengan tenang"
- Beliau berumur 48 tahun
- Dikenali menerusi wataknya dalam drama remaja AS, Dawson's Creek
- Keluarga meminta ruang privasi untuk meratapi pemergiannya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
