Sekolah terjejas banjir boleh laksana PdPR - Fadhlina

Fadhlina sempat bertanyakan khabar seorang ibu dan bayinya semasa melakukan tinjauan di PPS SK Tapang, Kota Bharu pada Ahad.
Fadhlina sempat bertanyakan khabar seorang ibu dan bayinya semasa melakukan tinjauan di PPS SK Tapang, Kota Bharu pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan sesi persekolahan di sekolah yang terkesan akibat banjir tetap diteruskan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah itu memastikan pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat mengikuti pembelajaran tanpa gangguan, meskipun sekolah mereka digunakan sebagai pusat pusat pemindahan sementara (PPS) atau ditutup sementara.

“Dalam tinjauan awal, kita lihat murid-murid yang menjalani PdPR tidak mengganggu perjalanan SPM dan operasi PPS.

"Mereka boleh teruskan pembelajaran seperti biasa,” katanya semasa sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang di sini pada Ahad.

Menurut beliau, mana-mana sekolah di seluruh negara yang terkesan dengan banjir boleh melaksanakan PdPR serta-merta tanpa sebarang masalah.

“Kita tidak mengambil kira negeri mana. Asalkan sekolah itu terjejas akibat banjir, PdPR boleh diaktifkan terus,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fadhlina turut memaklumkan bahawa murid dibenarkan memakai pakaian bebas sepanjang tempoh ini, asalkan berpakaian sopan dan sesuai.

Beliau berharap semua pihak dapat memberi kerjasama bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan lancar walaupun berdepan situasi banjir di beberapa negeri.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Kementerian Pendidikan meneruskan sesi persekolahan melalui PdPR untuk sekolah yang terkesan akibat banjir
  • Menyasar pelajar yang tidak terlibat dalam SPM agar pembelajaran berjalan tanpa gangguan
  • PdPR tidak mengganggu SPM dan operasi pusat pemindahan sementara
  • Sekolah yang terkesan banjir di seluruh negara boleh melaksanakan PdPR tanpa sebarang masalah
  • Murid dibenarkan memakai pakaian bebas yang sopan selama tempoh PdPR

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!