Harga runcit petrol kekal hingga 22 Oktober ini

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.18 dan RM2.60 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Oktober ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) pula kekal pada paras RM1.99 seliter.
MOF turut memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.93 seliter dan Sabah, Sarawak serta Labuan turut kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama.
Menurut MOF, penetapan harga berkenaan dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kerajaan, melalui MOF, akan terus memantau trend harga minyak dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. - Bernama
Ringkasan AI
- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara kekal pada RM3.18 dan RM2.60 seliter
- Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter
- Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada RM2.93 seliter dan di Sabah, Sarawak serta Labuan kekal pada RM2.15 seliter
- Penetapan harga berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM)
- Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak dunia untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
