'Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi' - Azam Baki

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang pegangan saham sejak tahun lalu.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan laporan media berhubung pemilikan saham dalam syarikat Awanbiru Technology Berhad.
“Saya tidak mempunyai sebarang saham lagi, tunjukkan kepada saya fakta jika saya masih mempunyai saham, Awan Biru mana? Saya tidak tahu,” katanya ketika sidang media khas di ibu pejabat SPRM di sini pada Rabu.
Azam turut menegaskan sebarang dakwaan yang mengatakan beliau masih memegang sebarang aset adalah tidak benar dan berniat jahat.
“Sejak Julai lalu, saya tidak memiliki sebarang saham, sehingga hari ini saya tidak memiliki satu unit saham dalam mana-mana syarikat, akaun saya kosong,” katanya. - Awani
AKAN MENYUSUL
Ringkasan AI
- Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan tidak memiliki pegangan saham sejak tahun lalu
- Menjawab dakwaan pemilikan saham dalam syarikat Awanbiru Technology Berhad
- Azam meminta bukti jika masih dikatakan memiliki saham
- Menyatakan dakwaan masih memegang aset adalah tidak benar dan berniat jahat
- Mengumumkan tidak memiliki sebarang saham sejak Julai tahun lalu, akaun kosong
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
