Isu saham bernilai RM800,000: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok

AZAM BAKI
AZAM BAKI
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dijadual akan menyerahkan surat tuntutan kepada agensi media Bloomberg esok.

Menurutnya, surat tersebut akan diserahkan melalui peguamnya sama ada melalui biro agensi itu di Malaysia atau di Amerika Syarikat (AS).

"Esok peguam saya akan menghantar surat tuntutan tersebut, saya benar-benar serius tentang perkara ini, mari kita berhadapan dengan mahkamah,” katanya ketika sidang media khas di ibu pejabat SPRM hari ini.

Azam turut menafikan dakwaan Bloomberg bahawa beliau enggan menjawab pertanyaan mengenai dakwaan pemilikan 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd, yang dianggarkan bernilai hampir RM800,000.

Beliau menegaskan pihaknya telah membalas soalan dari Bloomberg pada 14 Januari lalu.

“Mereka ada menghantar emel kepada saya, untuk beberapa pertanyaan, kemudian, saya telah membalas (emel tersebut), namun apabila mereka beranggapan bahawa kami tidak membalas, itu adalah sangat salah,” katanya. - Awani 

AKAN MENYUSUL

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki akan menyerahkan surat tuntutan kepada Bloomberg
  • Surat tersebut akan diserahkan melalui peguam di Malaysia atau AS
  • Azam serius menghadapi isu dan bersedia berhadapan di mahkamah
  • Azam menafikan dakwaan Bloomberg tentang enggan menjawab pertanyaan mengenai pemilikan saham
  • Azam menyatakan telah membalas soalan dari Bloomberg pada 14 Januari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!