Warga media bertugaslah dengan selamat: Permaisuri Selangor

Tengku Permaisuri Norashikin
Tengku Permaisuri Norashikin
A
A
A

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini menzahirkan doa supaya warga media selamat dan dapat menjalankan tugas dengan baik.

Ucapan baginda itu dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office.

“Saya doakan semua warga media yang terlibat dapat menjalankan tugas dengan baik dan dalam keadaan selamat,” titah baginda selepas mengucapkan tahniah kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menyambut ulang tahun ke-74 hari ini.

Tengku Permaisuri Norashikin turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan jasa warga RTM sebagai antara barisan hadapan utama negara dalam menyalurkan informasi yang tepat dah sahih kepada rakyat jelata.

Melalui ucapan itu, baginda turut menggesa rakyat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Marilah kita sama-sama memanjatkan doa ke hadrat ALLAH SWT supaya penularan wabak Covid-19 ini dapat dibendung dan berakhir segera.

“Patuhilah arahan kerajaan di bawah PKP supaya kita dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,” titah baginda.

Artikel Berkaitan: