33 individu langgar PKP di Langkawi didakwa

No Image Caption
A
A
A

LANGKAWI - Seramai 33 individu termasuk dua remaja telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini berhubung pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 21 individu mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan mereka dikenakan hukuman penjara selama 14 hari dan ada didenda dari RM800 hingga RM1,000.

"Bagaimanapun, 10 daripada kesemua individu yang ditahan itu tidak mengaku bersalah. Mereka ditawarkan jaminan antara RM 1,500 dan RM 6,000 untuk setiap seorang. Dua individu bawah umur pula ditawarkan jaminan sebanyak RM1,500 setiap seorang sementara menunggu keputusan laporan akhlak," menurutnya dalam kenyataan itu.

Tambah Mohd Iqbal, pelbagai alasan diberikan individu yang melanggar PKP berkenaan, antaranya tidak tahu (mengenai PKP) dan keluar sekejap semata-mata untuk berjumpa kawan.

Sementara itu dalam perkembangan mengenai PKP di daerah tersebut beliau berkata, semua penduduk di Langkawi dinasihatkan duduk di rumah atau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang jika melanggar perintah yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi membendung penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan: